Image Banner

JAWATAN KOSONG

IKLAN JAWATAN KOSONG

PELUANG KERJAYA DALAM BIDANG PENDIDIKAN

GURU SEKOLAH RENDAH & GURU SEKOLAH MENENGAH

Kami sedang membuka peluang kerjaya kepada calon-calon yang berkelayakan, berintegriti, berdedikasi dan mempunyai minat yang tinggi dalam bidang pendidikan untuk menyertai pasukan pendidik di institusi kami.

Kami mengalu-alukan permohonan daripada individu yang mempunyai aspirasi untuk membentuk generasi berilmu, berakhlak mulia serta mempunyai penguasaan akademik dan al-Quran.

A. JAWATAN DITAWARKAN

1. Guru Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz
2. Guru Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz

B. BIDANG PENGAJIAN / SUBJEK

Calon yang mempunyai kelulusan dan pengkhususan dalam bidang berikut adalah digalakkan memohon:

A. Bidang Pengajian Islam dan Tahfiz

- Pengajian Islam
- Pendidikan Islam
- Tahfiz al-Quran
- Ulum al-Quran dan bidang berkaitan
- Bahasa Arab

B. Bidang Akademik

- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Bahasa Arab
- Bidang akademik lain yang berkaitan dengan keperluan sekolah.

3. KELAYAKAN MINIMUM – GURU SEKOLAH RENDAH

Calon mestilah memenuhi kriteria berikut:

1. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam salah satu bidang berikut:

- Pengajian Islam atau bidang berkaitan;
- Tahfiz al-Quran; atau
- Bidang akademik seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Arab.

ATAU

Memiliki Diploma Tahfiz dengan Pendidikan berserta Sijil Pengesahan Tahfiz yang diiktiraf.

2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3. Warganegara Malaysia.

4. Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan.

5. Berumur tidak melebihi 38 tahun.

4. KELAYAKAN CALON – GURU SEKOLAH MENENGAH

1. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam, tahfiz al-Quran, pendidikan atau bidang akademik yang berkaitan dengan subjek pengajaran.
2. Memiliki kelayakan akademik yang bersesuaian dengan subjek yang akan diajar.
3. Memiliki SPM.
4. Warganegara Malaysia.
5. Terbuka kepada calon lelaki dan perempuan.

5. KRITERIA DAN KEMAHIRAN YANG DIUTAMAKAN

Calon yang mempunyai ciri-ciri berikut amat digalakkan memohon:

- Mempunyai minat, kesungguhan dan komitmen tinggi dalam bidang pendidikan.
- Mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.
- Mampu mengurus serta mengawal kelas dengan berkesan.
- Mempunyai kemahiran pedagogi dan penyampaian pengajaran yang sistematik.
- Mempunyai sahsiah, akhlak dan disiplin diri yang baik.
- Mampu bekerja secara individu dan berkumpulan.
- Bersedia menerima arahan serta melaksanakan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak pengurusan.
- Mempunyai kemahiran asas teknologi maklumat dan penggunaan aplikasi digital dalam pengajaran.
- Mempunyai pengalaman mengajar merupakan satu kelebihan.

6. SKOP TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Antara tanggungjawab utama guru yang dilantik ialah:

1. Merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) mengikut kurikulum serta ketetapan sekolah.
2. Menyediakan rancangan pengajaran, bahan bantu mengajar dan penilaian murid.
3. Melaksanakan pemantauan serta penilaian perkembangan akademik dan sahsiah murid.
4. Mengurus disiplin, kebajikan dan keselamatan murid di bawah tanggungjawab masing-masing.
5. Melaksanakan tugas berkaitan program akademik, tahfiz, kokurikulum dan aktiviti sekolah.
6. Menyediakan laporan, rekod pengajaran dan dokumentasi berkaitan.
7. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

7. DOKUMEN PERMOHONAN

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan dokumen berikut:

1. Resume terkini berserta gambar berukuran pasport (jika ada).
2. Salinan Kad Pengenalan.
3. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
4. Salinan sijil Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.
5. Transkrip akademik.
6. Sijil pengesahan tahfiz (bagi calon berkaitan).
7. Sijil-sijil profesional atau dokumen sokongan lain (jika ada).

8. CARA MEMOHON

Calon yang berminat boleh menghantar resume dan dokumen sokongan melalui e-mel berikut:

E-mel: alfateh.afe@gmail.com

Subjek e-mel:
PERMOHONAN JAWATAN GURU – [GURU SEKOLAH RENDAH / GURU SEKOLAH MENENGAH]

Pertanyaan lanjut / WhatsApp:
012-694 5880

Hanya calon yang memenuhi kriteria dan disenarai pendek akan dihubungi untuk sesi temu duga.

SERTAI KAMI!

Jadilah sebahagian daripada pasukan pendidik yang komited dalam melahirkan generasi berilmu, berkemahiran, berakhlak mulia serta mencintai al-Quran.

BINA GENERASI BERILMU, BERAKHLAK DAN BERJIWA AL-QURAN.

Permohonan dibuka kepada calon yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

LAGI

UJIAN SYAHADAH JUZUK 30

Alhamdulillah, telah berlangsung Ujian Syahadah Juzuk 30 pada 26 Oktober hingga 28 Oktober 2026 bagi para pelajar Sri Tahfiz Nadi Al Baghdadi.
 
Ujian ini merupakan salah satu medan untuk menguji tahap penguasaan hafazan serta kesungguhan para pelajar dalam memelihara kalam Allah SWT.
 
Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang telah berusaha dengan penuh tekun. Semoga setiap ayat yang dihafaz menjadi cahaya dan keberkatan dalam kehidupan.
 
Terima kasih kepada para guru atas bimbingan yang berterusan serta ibu bapa atas doa dan sokongan yang diberikan. 🤍
LAGI

SESI SALAM RESTU CALON UPKK

Sekitar momen penuh bermakna sesi salam restu antara para guru dan calon UPKK, yang berlangsung pada pagi semalam.
 
Setiap salam yang dihulurkan, setiap nasihat yang dititipkan dan setiap doa yang dipanjatkan menjadi pengiring langkah anak-anak dalam menghadapi peperiksaan.
Teruskan usaha, kuatkan semangat dan bertawakallah kepada Allah.
 
Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan, melapangkan hati dan mengurniakan kejayaan buat semua calon UPKK.
آمين يا رب العالمين
Doa dan ingatan guru sentiasa mengiringi kalian.
LAGI

NADI’S CO-CURRICULUM DAY 2026

NADI’S CO-CURRICULUM DAY 2026 🎉
Alhamdulillah, program Hari Usahawan dan Penyampaian Sijil Anugerah Khidmat Khas telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya! ✨
Tahniah dan syabas kepada semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas atas komitmen serta khidmat yang telah diberikan. Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memimpin dengan amanah dan berintegriti. 🌟
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
LAGI

NADI’S CO-CURRICULUM DAY 2026

NADI’S CO-CURRICULUM DAY 2026 

Alhamdulillah, program Hari Usahawan dan Penyampaian Sijil Anugerah Khidmat Khas telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya!

Tahniah dan syabas kepada semua pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas atas komitmen serta khidmat yang telah diberikan.

Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus memimpin dengan amanah dan berintegriti. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News
Image News




Image Banner

Lokasi


Pertanyaan