Image Banner

AKAN DATANG KEMBARA ILMU SEKOLAH AGAMA DAN TAHFIZ MUHAMMAD AL FATEH ( MAFIST) 2025

🌟 KEMBARA ILMU ke Melaka! 🌟

Assalammualaikum ibu ayah yg dihormati.

Pihak MAFIST akan mengadakan satu lawatan *Kembara Ilmu*. Butiran lawatan adalah seperti berikut:

📅 Tarikh: 3–4 Disember 2025 (Rabu–Khamis)
💰 Yuran: RM300 (Semua termasuk!)
👥 Terhad kepada 40 peserta sahaja!

Bersiap sedia untuk pengembaraan ilmu dan pengalaman menyeronokkan ke destinasi menarik — Melaka! ✨

Berikut antara tempat menarik yang akan dilawati:
1. Bayou Lagoon Waterpark
2. Malaysia Heritage Studio
3. Muzium Penjara Malaysia
4. Masjid Selat Melaka
5. Muzium Samudera
6. Melaka River Cruise
7. Muzium Kapal Selam

🏠 Penginapan: Bakti Homestay Melaka (BHM)
🚌 Pengangkutan: Bas berhawa dingin
🎁 Cenderahati khas untuk setiap peserta!

Kenapa Anda Perlu Sertai?
✅ Pembelajaran luar bilik darjah
✅ Lawatan penuh ilmu & pengalaman
✅ Aktiviti menyeronokkan bersama rakan²
✅ Harga berbaloi, semua termasuk!

📌 Tempah tempat anda segera!
Tempat terhad kepada 40 peserta terawal sahaja!

💰*"Bayaran boleh dilakukan secara tunai atau menggunakan QR kepada USTAZAH SITI .Mohon simpan dan serahkan resit bayaran sebagai bukti pembayaran.

📌 Bayaran perlu dibayar *sebelum*
*30.11.2025*( *AHAD*)

📞 Untuk maklumat lanjut & pendaftaran:
Ustazah Siti – 011-37665782

#KembaraIlmuMAFIST2025 #PutrajayaMelaka #PengalamanBermakna #LawatanSekolah

LAGI

KEMBARA ILMU TADIKA MUHAMMAD AL FATEH 2025

Alhamdulillah, lawatan kembara ilmu tadika Muhammad al afateh telah berjalan dengan lancar.Destinasi kami merangkumi Ryverra Chocolate Factory 🍫, Petrosains🧑‍🔬, dan Farm In the City 🐑 menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan dan penuh ilmu untuk anak-anak. 🚌
Melalui lawatan ini, murid dapat melihat sendiri bagaimana coklat dihasilkan, meneroka dunia sains dengan cara yang menyeronokkan, serta mengenali pelbagai haiwan secara lebih dekat. ❤️
Allah SWT berfirman:
Katakanlah, "Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. (Al-'Ankabut: 20)
Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa, dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan indah dan pembelajaran bermakna buat anak-anak kita.
LAGI

KARNIVAL SUKAN TAHUNAN TADIKA MUHAMMAD AL FATEH DAN SEKOLAH AGAMA & TAHFIZ MUHAMMAD AL FATEH 2026

Alhamdulillah, selesai sudah Karnival Sukan Tahunan 2025! 🎉
Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama dan usaha yang terbaik sepanjang karnival ini berlangsung. 👏✨

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada Ibu Ayah yang sentiasa memberi sokongan dan turut sama membantu menjayakan program ini. 🙏❤️

📖 “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”
(Surah As-Saff, 61:4)

In shaa Allah kita bertemu lagi di Karnival Sukan akan datang dengan lebih meriah. 💫

LAGI

MAJLIS GRADUASI DAN KECEMERLANGAN TADIKA MUHAMMAD AL FATEH 2024

Alhamdulillah telah selesai Majlis Ihtifal & Konvokesyen Tadika Muhammad Al Fateh 2024 pada 22 December 2024 bertempat di Auditorium Masjid Putrajaya.
Tahniah diucapkan kepada yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Pelajar TAFIST 2024. Tahniah juga kepada semua pelajar yang telah berjaya menamatkan zaman persekolahan di Tadika Muhammad Al Fateh.
Semoga para pelajar terus maju jaya di alam persekolahan sekolah rendah. Jangan lupakan guru-guru di sini!
LAGI

PERASMIAN HALAL JAKIM 4 FINGERS IOI CITY MALL PUTRAJAYA

Ribuan terima kasih kepada pihak penganjur  kerana sudi menjemput anak-anak dari sri tahfiz nadi albaghdadi putrajaya dalam perasmian logo halal jakim yang bertempat di 4 fingers ioi city mall putrajaya

LAGI

Image News
Image News
Image News
Image News
Image News
Image News
Image News




Image Banner

Lokasi


Pertanyaan